Syarat dan Peraturan Peraduan
yang disiarkan melalui radio

1. Para pendengar boleh menyertai peraduan sebanyak mungkin dalam masa sehari atau pada hari-hari seterusnya, selagi belum memenangi sebarang peraduan.

2. Setiap peserta hanya diberi peluang sekali sahaja untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

3. Hanya SEORANG sahaja dari sesebuah keluarga serumah dibenarkan memenangi peraduan yang sama dalam tempoh 30 hari.

Pihak Radio berhak membatalkan kedudukan pemenang, andainya didapati peserta melanggar syarat yang telah ditetapkan ini.

4. Hanya seorang sahaja dari sebuah keluarga serumah dibenarkan - memenangi peraduan yang sama dan TIDAK BOLEH melebihi 3 kali dalam masa setahun.

5. Setiap pemenang wajib mematuhi syarat, bahawa Pihak Radio berhak  membuat publisiti , menerbitkan, atau menyiarkan nama, watak,atau hal-hal serupa, suara ataupun lakonan dari setiap pemenang.

6.Penyertaan terbuka kepada semua pendengar di Singapura sahaja.

7. Para pemenang hanya berhak menuntut hadiah dari peraduan yang disertainya sahaja.

8. Hadiah TIDAK BOLEH ditukar-ganti dengan wang tunai.

9. Para pemenang akan diberitahu melalui telefon atau e-mail mengenai  pengambilan hadiah.

10. Kesemua hadiah yang tidak dituntut dalam masa sebulan dari tarikh pemberitahuan akan luput.

Hadiah-hadiah yang tidak diambil dalam masa sebulan akan disalurkan  mengikut budi bicara pihak Radio, ataupun didermakan kepada badan-badan kebajikan.

11. Para pemenang MESTI datang sendiri untuk menuntut hadiahnya.
Jika mereka tidak dapat hadir, mereka boleh menghantarkan wakil untuk mengambil hadiah yang dimenangi, disertai surat keizinan secara bertulis dari pemenang , nama  dan nombor kad pengenalan wakil, serta salinan kad pengenalan pemenang.

12. Pihak Radio TIDAK bertanggung-jawap terhadap hadiah yang rosak.

13. Kakitangan Radio , agensi pengiklanannya , anggota gabungannya, para wakilnya, dan anggota keluarga kakitangan Radio TIDAK dibenarkan menyertai/memenangi  peraduan yang diadakan.

14. Pihak Radio, agensi, anggota gabungan, penaja atau para wakilnya bebas dari sebarang tanggungjawab, samada dari segi kewangan atau selainnya, yang timbul dari peraduan anjuran pihak Radio.  

15. Pihak Radio berhak menggantikan hadiah dengan sesuatu yang sama nilainya dengan hadiah yang di menangi mengikut budi-bicaranya.

16. Pihak Radio mempunyai kuasa mutlak untuk membatalkan kedududukan pemenang seandainya pemenang melanggar sebarang syarat dan peraturan yang ditetapkan.

17. Keputusan Pihak Radio adalah mutlak.