ZAN SOFIYAN

Name glamer:
  Ikan Gelamer (tak sedap...tak sedap...) Zan Sofiyan
     
Nama di kad pengenalan:
  Muhamad Sapian Bin Sapari
     
Jawatan:
  Penerbit-Penyampai
     
Emel:
  zan@mediacorp.com.sg
     
Tarikh lahir:
  16 Julai 1980
     
Bintang:
  Cancer (bukan Barah tau)
     
Tahun mula bertugas di radio:
 

Lewat 2006 sebagai DJ sambilan Radio Ria 897FM

     
Anak yang keberapa dari berapa adik beradik:
  Kedua dari 3 orang adik beradik seibu-sebapa. 9 Keseluruhannya termasuk adik-beradik tiri dan ranjing
     
Hobi:
  Menulis lirik dan menggubah lagu, bermain pelbagai alat muzik yang boleh dicuba
     
Warna kegemaran:
  Biru
     
Cita-cita waktu kecil:
  Nak jadi pengangkap sepenuh masa, ahli bomba, polis, pemilik syarikat rakaman, superman (boleh terbang)
     
Gambarkan diri anda dengan tidak lebih dari 10 patah perkataan:
  Pemalu, jujur, terlalu jujur, jujur yang merbahayakan diri sendiri,Senyum.
     
3 perkara/benda yang anda gemari:
  1. Makan 2. Pedas 3. Rumah
     
3 perkara/benda yang menakutkan anda:
  1. Pelesit 2. Menunggu keputusan 3. Polis trafik
     
3 perkara yang orang tidak tahu tentang anda:
  Saya tak suka kena marah....hehehe, saya suka pendamkan perasaan marah dan terus meradang, saya ni.... nak jadi ahli silap mata! 
     
3 perkara yang anda akan lakukan sebelum pencen:
  Minta maaf dengan semua boss-boss saya, buat duit sebanyak mungkin, tunaikan fardhu haji 
     
Negara yang ingin sangat anda lawati:
  Dubai.... haiz.... terlepas peluang.
     
Pengalaman pertama kali jatuh cinta:
  Malulah.... kini dialah isteri saya... 13 tahun sebelum saya berumah tangga... Malulah... jangan cakap lagi.. :)
     
Pengalaman pertama kali ke udara:
  Di Ria... fuhyooo... takut...takut.. lepas tu kan... tak suka dengan suara sendiri.
     
Pengalaman paling bahagia:
  Semasa saya berkhidmat untuk negara, semuanya tiba-tiba dapat "ORD" awal. Sayalah diantara mereka yang bertuah tu!
     
Sumber inspirasi:
  Ah... ni tengah cari lah ni....
     
Prinsip kehidupan:
  Jangan tipu orang... tak baik tau... Tuhan marah.
     
WARNA ialah...:
  Radio Melayu nombor satu di Singapura. Di mana saya bekerjalah!